Wednesday, December 31, 2014

Keuntungan lumayan pahala pun dapat

"Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil"

-Thomas Alva Edison-


Blog ini dinamakan 'Sayalah Boss'. Sesiapapun yang membacanya, maka begitulah bunyinya dan itu jugalah pengertiannya.

Ertinya, jika anda yang membacanya maka andalah BOSS! Blog ini akan membantu anda menjadikannya realiti.

Dalam artikal sebelum ini saya telah kemukakan satu produk luar biasa yang saya jangkakan akan menjadi produk terhebat bermula 2015.

Kebetulan, hari ini 1 Jan 2015 dan sememangnya ia sedang bermula setelah diuji lebih 40 tahun di pasaran tempatan dengan rekod pembelian ulangan yang amat tinggi.

Ya. Produk tanpa promosi hebat dan tidak pernah diiklankan di radio atau tv ini telah berjaya mengikat pelanggan setia selama berpuluh tahun!

Anda masih ragu? Rujuk www.morhabshi.blogspot.com.

Mengikut rekod syarikat pengeluar, jualan Minyak Morhabshi adalah antara RM10k hingga RM25k setiap bulan. Jika seunit Minyak Morhabshi berharga RM20 (purata) maka andaian kita ialah sekitar 1000 unit telah dijual setiap bulan.

Saya ingin menambah, 1000 unit telah dijual setiap bulan dan 80% adalah pelanggan tetap!

Jika penduduk Malaysia kini berjumlah 28 juta orang, berapa peratuskah jika hanya 1000 orang yang telah menggunakannya?

Jika cuma 1000 orang yang telah menggunakannya, berapa juta orang lagi yang belum mengenalinya?

Ini adalah masalah pengeluar Minyak Morhabshi dan dalam perniagaan, masalah adalah punca keuntungan. Jika anda mampu merongkai masalah ini maka keuntungan akan menjadi milik anda.

10% daripada 28 juta ialah 2.8 juta orang manakala 1% pula ialah 280 ribu pengguna.

Bagaimana jika anda mendapatkan 0.1% sebagai pengguna baru? Angkanya ialah 28,000 pengguna.

Jika anda mendapat RM1 daripada 28,000 unit tersebut ertinya RM28,000 adalah pendapatan anda setiap bulan.

Jangan lupa, apabila 28,000 pengguna itu mengucapkan 'Alhamdulillah' setelah menggunakan Minyak Morhabshi, berapakah ganjaran pahala yang Allah beri pada kita yang terlibat menguruskannya?

InsyaAllah.


Tips:

Jika anda sedang membaca artikal ini menggunakan telefon pintar (android), sila letak jari anda di sini dan tarik ke kanan untuk membaca artikal sebelum atau ke kiri untuk artikal seterusnya.

Monday, December 29, 2014

Inilah produk saya

"Sesungguh Allah tidak menurunkan suatu penyakit, kecuali juga menurunkan ubatnya. Ada yang mengetahuinya dan ada yang tidak mengetahuinya. Jika ubat mengenai penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah."

   - sabda Rasulullah SAW.


Saya menjual produk berasaskan herba yang dikenali sebagai Minyak Morhabshi. Khasiatnya sangat banyak sehinggakan sesiapa sahaja akan berfikir bahawa setiap orang perlu memilikinya.

Penduduk Malaysia kini melebihi 28 juta orang. Cuba anda bayangkan jika 10% daripadanya menggunakan Minyak Morhabshi setiap bulan.

Ya. Ertinya jualan setiap bulan boleh mencecah 2.8 juta unit dan jika setiap unit anda mendapat komisyen RM1, kirakan pendapatan kasar anda setiap bulan!

Produk hebat ini adalah minyak campuran herba-herba dan akar kayu termasuklah safron, keduduk putih, serai, dan raja kayu. Tidak mengandungi mana-mana organ haiwan, mahupun dadah atau bahan kimia.

Nama Minyak Morhabshi diambil daripada salah satu bahan yang digunakan iaitu myrrh atau morhabshi sejenis getah (resin) tumbuh di timur tengah dan Afrika.

Sila cari maklumat 'myrrh' di inernet dan anda akan mengaguminya.

Selain itu ia turut diruqyah dengan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang menjadi amalan ulama sejak dahulu.

Sapukan pada betis dan perut bayi bagi mengelak kembung dan menambah keselesaannya.

Calitkan pada kening, leher, belakang telinga, ubun-ubun, dan tempat-tempat tersorok pada tubuh bayi bagi menghindari gangguan makhluk halus.

Lakukan juga begitu untuk melawan sihir, santau, histeria dan sebagainya.

Sapu pada dada untuk membantu sesak nafas atau sakit dada.

Sapukan pada kepala dan tengkuk jika sakit kepala.

Lekap pada gigi atau gusi menggunakan kapas atau tisu jika sakit gigi.

Sapukan pada perut jika cirit birit. Sapukan juga pada dubur jika buasir.

Sapukan pada kulit bermasalah termasuk luka, bengkak, alahan, jerawat, kurap, kayap, kudis dan sebagainya.

Begitu juga sakit mulut, lidah dan lain-lain samada bayi, kanak-kanak, mahupun orang dewasa.

Gunakan jika disengat serangga atau haiwan bisa seperti lipan dan kala jengking.

Minyak Morhabshi juga bertindak sebagai antiseptik dan antibiotik bagi melawan bisa, mengurangkan kesakitan, menawar racun seperti kencing tikus dan nyamuk aedes.

Ia juga digunakan untuk melancarkan aliran darah samada darah tinggi atau rendah.

Amalan meminumnya membantu meningkatkan kehebatan lelaki.

Kajian saintifik juga mendapati myrrh  dan safron yang digunakan dalam produk ini berkesan menurunkan kandungan gula.

Selain digunakan secara sapuan, minyak herba ini juga boleh diminum untuk semua perkara di atas samada dicampur sedikit air atau tanpa air.

Minum beberapa titik atau sehingga lebih kurang satu sudu teh dan dilakukan tiga kali sehari setiap hari.

Terima kasih dan tahniah kepada yang mengusahakan penyediaan ramuan ini. Moga diberkati Allah Taala dan dapat membantu kita semua.

Sesungguhnya Allah Taala jua yang memberi kesembuhan.

Alhamdulillah, berdasarkan testimonial pengguna, Allah telah memberi izin.

Tidakkah anda ingin mengambil peluang ini untuk berjaya bersama Morhabshi sambil membantu orang ramai yang memerlukan?

Saya percaya, ramai yang akan bersama saya dan saya akan teruskan meski tanpa anda.

Tips:
Jika anda sedang membaca artikal ini menggunakan telefon pintar (android), sila letak jari anda di sini dan tarik ke kanan untuk membaca artikal sebelum atau ke kiri untuk artikal seterusnya.

Thursday, December 25, 2014

Ini syarikat saya mereka kakitangan saya

"Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar."
                   - Saidina Ali Abi Talib r.a-

Saya meletakkan kereta di tempat letak kenderaan di bawah bangunan pejabat saya. Melihat pada kenderaan lain di situ saya tahu bahawa ramai kakitangan saya telah tiba lebih awal.

Sebelum memanjat tangga ke pejabat saya sempat menjengah bahagian percetakan di tingkat bawah bertanya tentang design baru pek kembar yang saya minta kelmarin.

Designer memberitahu ia telah siap dan cuma perlu dicetak. Saya memintanya menghantar ke pejabat saya untuk disemak.

Sambil menaiki tangga saya mengintai beberapa laman sosial kalau-kalau ada pesanan atau pertanyaan.
Melayani media sosial sepatutnya boleh dilakukan secara sambilan namun kadang-kadang boleh berlarutan hingga berjam-jam.

Pembantu saya telah tiba lebih awal dan saya memintanya mengambilkan minuman di tingkat bawah. Di bahagian itu bukan sahaja ada minuman malah macam-macam barang keperluan ada di situ.

Jika mahu makanan yang lebih berat, ruang cafe menyediakan pelbagai pilihan.

Berapakah yang perlu saya peruntukkan bagi menyediakan semua kemudahan tersebut?

Sebenarnya saya tidak perlu keluarkan satu senpun untuk bahagian percetakan, bahagian peralatan runcit, dan cafe walaupun saya boleh mengarahkan kakitangan di situ melayani permintaan saya pada bila-bila masa.

Saya hanya perlu bayar apa yang saya perlukan ketika itu sahaja dan adakalanya ia percuma!

Melalui blog ini saya akan kongsikan dengan anda beberapa strategi agar anda pula boleh berkata: "Sayalah Boss!".

Tips:
Jika anda sedang membaca artikal ini menggunakan telefon pintar (android), sila letak jari anda di sini dan tarik ke kanan untuk membaca artikal sebelum atau ke kiri untuk artikal seterusnya.