Sunday, April 23, 2017

Pasaran adalah

Kebebasan maklumat yang terhampar di depan mata sekarang menyokong pasaran yang berlangsung sejak dahulu. Jika anda cuba mengubahnya anda pasti tewas. Maka turutilah dengan sabar dan penuhi semua kehendak pasaran.

Apakah pasaran?

Sudah tentulah pasaran berasal daripada perkataan pasar iaitu tempat penjual dan pembeli bertemu. Satu pihak menyediakan barang dan satu pihak lagi membawa wang.

Barangkali anda pernah mendengar tentang teori permintaan dan penawaran. 

Ertinya apabila ada yang meminta maka akan ada yang memberi. Sebenarnya teori itu kurang lengkap kerana orang hanya akan memberi jika ia yakin tentang pulangan yang akan diperolehi.

Apabila anda lapar, anda mempunyai dua pilihan samada mendapatkannya terus daripada sumber asal atau meminta daripada pihak lain. Ada satu pesanan yang selalu disebut orang; anda tidak akan memperolehi sesuatu sebelum anda mampu memberikan sesuatu.

Dalam contoh normal, jika anda mampu memberi seseorang sesuatu yang ia mahu maka orang itu akan bersedia memberikan miliknya kepada anda.

Tahukah anda apakah 'sesuatu' yang setiap orang mahu? 

Jawapannya bukan WANG tetapi jika anda unjuk wang maka anda akan dapat sesuatu yang anda mahu, asalkan kena pada harganya.

Itulah yang disebut 'nilai'.


Tips:
Jika anda sedang membaca artikal ini menggunakan telefon pintar (android), sila letak jari anda di sini dan tarik ke kanan untuk membaca artikal sebelum atau ke kiri untuk artikal seterusnya.

Menjadi bijak dan bijaksana

Samada MLM mahupun affiliate kedua-duanya berkongsi ciri yang sama iaitu 'menjadi pengguna bijak'.

Namun jika kita sekadar menjadi pengguna bijak maka kita masih ketinggalan zaman kerana pengguna yang bijak hidup sekitar 1980an (era MLM) dan 1999-2004 (era affiliate).

Maka pilihan kita di zaman terkumpulnya semua kepintaran manusia ini ialah menjadi pengguna BIJAKSANA.

Pengguna yang bijak memang handal dalam merebut peluang tetapi tewas kerana kurang kesabaran. Justeru jika anda ingin menjadi pengguna bijaksana maka hindari kegelojohan sebaliknya saring semua maklumat penting sebelum bertindak.

Pengguna bijaksana adalah pengguna yang belajar daripada kesilapan pengguna bijak.