Thursday, December 25, 2014

Ini syarikat saya mereka kakitangan saya

"Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar."
                   - Saidina Ali Abi Talib r.a-

Saya meletakkan kereta di tempat letak kenderaan di bawah bangunan pejabat saya. Melihat pada kenderaan lain di situ saya tahu bahawa ramai kakitangan saya telah tiba lebih awal.

Sebelum memanjat tangga ke pejabat saya sempat menjengah bahagian percetakan di tingkat bawah bertanya tentang design baru pek kembar yang saya minta kelmarin.

Designer memberitahu ia telah siap dan cuma perlu dicetak. Saya memintanya menghantar ke pejabat saya untuk disemak.

Sambil menaiki tangga saya mengintai beberapa laman sosial kalau-kalau ada pesanan atau pertanyaan.
Melayani media sosial sepatutnya boleh dilakukan secara sambilan namun kadang-kadang boleh berlarutan hingga berjam-jam.

Pembantu saya telah tiba lebih awal dan saya memintanya mengambilkan minuman di tingkat bawah. Di bahagian itu bukan sahaja ada minuman malah macam-macam barang keperluan ada di situ.

Jika mahu makanan yang lebih berat, ruang cafe menyediakan pelbagai pilihan.

Berapakah yang perlu saya peruntukkan bagi menyediakan semua kemudahan tersebut?

Sebenarnya saya tidak perlu keluarkan satu senpun untuk bahagian percetakan, bahagian peralatan runcit, dan cafe walaupun saya boleh mengarahkan kakitangan di situ melayani permintaan saya pada bila-bila masa.

Saya hanya perlu bayar apa yang saya perlukan ketika itu sahaja dan adakalanya ia percuma!

Melalui blog ini saya akan kongsikan dengan anda beberapa strategi agar anda pula boleh berkata: "Sayalah Boss!".

Tips:
Jika anda sedang membaca artikal ini menggunakan telefon pintar (android), sila letak jari anda di sini dan tarik ke kanan untuk membaca artikal sebelum atau ke kiri untuk artikal seterusnya.


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete