Orang yang cipta kapal terbang tak belajar cara buat kapal terbang.
Ya. Orang yang cipta komputer juga tak belajar cara buat komputer. Malah orang yang cipta berus gigi pun tak belajar cara buat berus gigi.
Nabi Adam as ditempatkan di syurga dengan cukup kelengkapan. Apabila dihantar ke dunia, keadaan amat berbeza. Semuanya didapati tidak sempurna bahkan perlu diusahakan.
Dari situ adam dan anak cucu baginda yakni kita terpaksa mencari jalan bagi menguruskan diri sendiri.
Manusia dikurniakan akal fikiran. Allah ajarkan nama² benda dan kegunaannya. Dari situ manusia mencambahkan lagi pengetahuan dengan memerhati, meniliti, dan menyelidik sesuatu dan mula mengenalpasti unsur² yang menjadikan ia berfungsi.
Sudah tentu ilham dari Allah.
Kapal terbang adalah kombinasi fungsi² yang setara dengan keperluan bagi menerbangkan objek.
Mencipta kapal terbang ialah tindakan menggabungkan komponen² berasingan yang menjurus pada satu visi iaitu terbang.
No comments:
Post a Comment