Malas bukan sifat mutlak manusia. Malas adalah keadaan ketika kita memberi tumpuan pada perkara lain pada satu masa yang sama.
Contohnya apabila kita diberi tugasan menyiapkan kerja rumah dan pada masa yang sama tv menyiarkan cerita menarik. Apabila kita memilih untuk menonton maka kerja rumah pun tidak dapat disiapkan.
Setelah filem tamat mata pun mengantuk. Maka pilihan ketika itu ialah samada menyiapkan kerja rumah tadi atau tidur.
Orang akan kata anda pemalas namun hari ni saya nak anda beritahu diri sendiri bahawa anda bukan malas tetapi sedang memberi tumpuan pada perkara lain.
Ok. Kita betulkan sikit: silap memberi tumpuan atau keutamaan.
Apa yang perlu kita buat sekarang ialah menyusun keutamaan dan mula melakukan mengikut kepentingan dan menginsafi bahawa ada perkara memang terpaksa diabaikan.
Saya nak bagi satu petua yang pernah saya beritahu isteri saya masa baru² kahwin. "kalau rasa tak habis makanan dalam pinggan tu, makan lah bahagian yang rasa tak habis dulu sebab bahagian yang confirm boleh habis tu takde masalah.
Berbalik pada keutamaan tadi, dalam bisnes pun begitu juga. Itu sebabnya pengurusan hari ini amat mementingkan SOP.
Melalui standard prosedur yang telah ditetapkan dan dipersetujui kita memaksa diri untuk mengikuti langkah demi langkah sehingga selesai.
Dalam setiap SOP faktor masa amat penting. Setiap manusia mempunyai satu garis masa. Jika kita mempunyai beberapa tugas yang perlu dilakukan serentak maka yang perlu ditambah ialah garis masa. Ia akan melibatkan tambahan tenaga manusia atau alat. Alat itulah yang kita sebut sebagai teknologi.
SOP cuba mengatasi masalah normal manusia iaitu di setiap sekatan masa akan sentiasa ada pilihan baru. Di tempat kerja, yang mengawalnya bukan sahaja penyelia atau majikan malah pelanggan. Faktor terakhir itu yang paling ditakuti.
Bagi usahawan, pilihan yang ada ialah samada misi berjaya atau gagal. Usahawan yang rendah motivasinya akan memilih untuk gagal dan mencari pelbagai alasan bagi menjaga ego diri.
Apakah yang lebih menggerakkan manusia? Takut pada sesuatu atau ingin menikmati sesuatu?
Kita sambung lain kali.
No comments:
Post a Comment