Wednesday, October 25, 2017

SOP untuk si pemalas

Malas bukan sifat mutlak manusia. Malas adalah keadaan ketika kita memberi tumpuan pada perkara lain pada satu masa yang sama.

Contohnya apabila kita diberi tugasan menyiapkan kerja rumah dan pada masa yang sama tv menyiarkan cerita menarik. Apabila kita memilih untuk menonton maka kerja rumah pun tidak dapat disiapkan.

Setelah filem tamat mata pun mengantuk. Maka pilihan ketika itu ialah samada menyiapkan kerja rumah tadi atau tidur.

Orang akan kata anda pemalas namun hari ni saya nak anda beritahu diri sendiri bahawa anda bukan malas tetapi sedang memberi tumpuan pada perkara lain.

Ok. Kita betulkan sikit: silap memberi tumpuan atau keutamaan.

Apa yang perlu kita buat sekarang ialah menyusun keutamaan dan mula melakukan mengikut kepentingan dan menginsafi bahawa ada perkara memang terpaksa diabaikan.

Saya nak bagi satu petua yang pernah saya beritahu isteri saya masa baru² kahwin. "kalau rasa tak habis makanan dalam pinggan tu, makan lah bahagian yang rasa tak habis dulu sebab bahagian yang confirm boleh habis tu takde masalah.

Berbalik pada keutamaan tadi, dalam bisnes pun begitu juga. Itu sebabnya pengurusan hari ini amat mementingkan SOP.

Melalui standard prosedur yang telah ditetapkan dan dipersetujui kita memaksa diri untuk mengikuti langkah demi langkah sehingga selesai.

Dalam setiap SOP faktor masa amat penting. Setiap manusia mempunyai satu garis masa. Jika kita mempunyai beberapa tugas yang perlu dilakukan serentak maka yang perlu ditambah ialah garis masa. Ia akan melibatkan tambahan tenaga manusia atau alat. Alat itulah yang kita sebut sebagai teknologi.

SOP cuba mengatasi masalah normal manusia iaitu di setiap sekatan masa akan sentiasa ada pilihan baru. Di tempat kerja, yang mengawalnya bukan sahaja penyelia atau majikan malah pelanggan. Faktor terakhir itu yang paling ditakuti.

Bagi usahawan, pilihan yang ada ialah samada misi berjaya atau gagal. Usahawan yang rendah motivasinya akan memilih untuk gagal dan mencari pelbagai alasan bagi menjaga ego diri.

Apakah yang lebih menggerakkan manusia?  Takut pada sesuatu atau ingin menikmati sesuatu?

Kita sambung lain kali.

Thursday, October 19, 2017

Menjual garam di laut

Kata pepatah: "Anda boleh tarik kuda ke air tapi tak boleh paksa dia minum."

Saya tambah sikit... "kecuali anda orang marketing."

Apa lagi yang orang marketing boleh buat?

✔️Jual air kosong di malaysia yang menerima hujan sepanjang tahun pada harga lebih mahal dari petrol? Itu perkara biasa.

✔️Bahkan orang marketing boleh menjual garam di laut atau

✔️jual tali leher di gurun sahara.

Jom baca cerita temberang ini:

Seorang lelaki yang memandu pesawat ringan telah tersadai di kawasan gurun. Beliau terpaksa meninggalkan pesawat dan berjalan kaki tanpa bekalan makanan atau minuman.

Di saat² kritikal itu tiba² beliau bertembung dengan seorang jurujual.

"Ha. Tuan sangat bertuah bertemu saya. Hari ini saya ada tawaran istimewa. Tali leher yang biasanya dijual rm250, hari ini saya beri 50% diskaun." kata jurujual itu bersemangat.

"Air. Saya nak air." kata lelaki malang tersebut.

"baik lah. Saya tambah tawaran. Kalau tuan beli sekarang tuan dapat percuma bow." si jurujual terus memujuk.

"saya perlukan air, saya tak nak tali leher." lelaki itu mula hilang sabar.

"ok. Kalau tuan tak suka bow, tuan boleh ambil stokin belang ini. Ada 3 warna menarik. Err.. Nampaknya yang merah ini sesuai dengan tuan." jurujual terus berceloteh seolah tidak faham keperluan lelaki di depannya.

"hei.. Awak nampak tak saya sangat letih dan haus. Saya nak minuman, bukan barang² yang tak berguna ni."

Si jurujual memandang muka lelaki itu dengan sedikit kecewa. Seolah baru tersedar dia berkata:
"baik lah. Tuan jalan terus ke sana dan lebih kurang 500 meter ada sebuah cafe tertutup."

"Huh. Kalau dari tadi awak bagitau kan senang?"

Lelaki tersebut segera menuju arah yang ditunjukkan tanpa mengucapkan terima kasih.

Kira² 10 langkah berjalan tiba² lelaki itu mendengar jurujual tadi melaung:
"jika tuan perlukan tali leher, datang lah ke sini semula."

Dengan bersusah payah dan kehausan yang amat sangat lelaki itu berjaya tiba di cafe yang dinyatakan. Dia segera meluru untuk masuk ke dalam tetapi seketika kemudian dia terhenti di di depan pintu yang bertutup rapat.

Pada pintu itu tertulis notis yang cukup jelas:

Tidak dibenarkan masuk jika tidak memakai tali leher/bow/stokin belang.

Jangan lihat pada tindakan terakhir jurujual dalm cerita tadi tetapi cuba bayangkan bagaimana proses marketing yang telah dilakukan sebelumnya.

Wednesday, October 18, 2017

Jalan pintas

Dulu jalan ini hanyalah sebuah hutan belantara. Manusia sebelum kita merintisnya menjadi denai, lorong dan kini telah tersedia sebatang lebuhraya yang lurus dan jelas.

Namun bukan semua manusia berpuas hati dengan jalan yang telah siap terbina. Mereka ini percaya di kiri kanan ada jalan pintas rahsia.

Walaupun diberi amaran masih ada yang berdegil untuk cuba meneroka jalan baru.

Akhirnya mereka terjatuh di atas longgokan tengkorak dan tulang manusia. Barulah mereka sedar bahawa mereka bukanlah yang pertama. ⬇

Tiada jalan pintas untuk berjaya. Perniagaan bukanlah persembahan silap mata. Ia dibina.

Hindari skim cepat kaya.

Jawapan pada soalan apa khabar

Apa khabar?
Khabar baik.

Sapaan bagus dan jawapan pun bagus. Ia pembuka kemesraan dan menunjukkan sikap ambil berat.

Namun seperti yang saya baru sebut, ia hanyalah pembuka kata dan selalunya itu jugalah penutup kata.  Ertinya,  persoalan tentang khabar tu habis begitu sahaja.

Soalan 'apa khabar' hanyalah basa basi. Sebab itulah jawapannya pun sambil lewa. Kita tak perlu berfikir panjang untuk menjawab.

Memang tak perlu pun. Sebab apabila kita berfikir dengan serius maka jawapannya 99% bukanlah 'khabar baik' sangat.

'Apa khabar' dan 'khabar baik' adalah set yang telah dirakam mungkin puluhan tahun dulu dan keluar secara automatik apabila kedua frasa itu bertemu.

Apakah khabar sebenar?
Pagi ni belum sarapan. Dah bosan asyik2 nasi lemak yang sama.

Petang semalam bank call remind tarikh akhir yang memang kita bayar setiap bulan. Dia kata remind je.

Telco hantar mesej tarikh bayaran ada 15 hari lagi.

Esok ada presentation,  slide belum siap.
Abang wasap tanya kenduri dapat hadir tak.

Jiran baru balik dari mekah belum dijengah.

Wife wasap bagitau kucing dia beranak. Mintak budget tambahan le tu.

Ada 1001 perkara dalam kepala boleh dikhabarkan. Akhirnya yang paling mudah ialah: "khabar baik".

Apabila saya taip 'apa khabar' pada status fb saya pagi tadi,  semua menjawab 'alhamdulillah'. Bagi saya itu jawapan terbaik. Ertinya kita redho dan bersyukur dengan semua yang Allah tentukan,  meski kita tak menjawab pun soalan si penanya.

Seorang hamba tidak wajar mengeluh apabila diberi tugasan oleh tuannya apa lagi mengadu pada orang lain termasuk sesama hamba. Sepatutnya, tanya pun tak boleh. Sami'na waato'na.

Cukup dulu kali ni. Nanti sambung lagi.

Wallahu'alam. Saya bukan ustaz.

Ingat tak guru kita pernah kesahkan, atau dari buku yang mungkin kita pernah baca; tentang seketul batu yang lekuk kerana ditimpa titisan air sekian lama?

Hmm.. Kebetulan tadi dalam kuliah seorang mualim mengulang cerita lama tu dan yang menariknya beliau menambah:

Jika kita ambil air sebaldi besar dan tuangkan ke atas batu itu, ia tidak akan jadi lekuk walaupun dilakukan beberapa kali.

Kata beliau, itulah istiqomah.

Beza direct selling dengan MLM

Kita ulangkaji sikit.

Dari segi istilah, orang yang terlibat dengan MLM dipanggil ahli atau member (pengedar atau distributer) manakala untuk direct selling ialah seller atau peniaga atau ejen.

Dalam MLM pengguna menjadi ahli sebuah syarikat pemasaran dan membeli pada harga ahli. Seorang ahli lama boleh menaja (sponsor) ahli baru. Ahli tidak menjual. Mereka guna sendiri. Keuntungan besar diperolehi dari aktiviti menaja ahli baru.

Kini fahamlah kita kenapa orang MLM suka menyuruh orang lain *join* dia jadi ahli.

Manakala direct selling tidak perlukan ramai ejen di satu² kawasan berdekatan.

Dalam direct selling peniaga mengeluarkan modal dan mencari pembeli. Keuntungan diperolehi melalui formula mudah: *harga jual tolak harga beli (modal).*

Contoh:
Beli minyak morha rm15, jual rm28.
rm28 - rm15 = rm13✔

📌Unsur paling penting untuk menjadi peniaga direct selling ialah:
🔑Modal
🔑Stok

Sebagai peniaga kita perlu tau ilmu membuat jualan. Ia mungkin berubah2 mengikut zaman namun yang perlu kita sedar ialah di zaman manapun, pelanggan kita tetap seorang manusia yang ada:
✔Hati
✔Perasaan
✔Keinginan
✔Keperluan
✔Kasih
✔Sayang
✔Suka
✔Simpati
📝Dll

Lakukan sekarang atau mati

Pernah dengar cerita helang tua? Saya mendapatnya lebih 10 tahun lalu dari seorang motivator.

Petang ini saya tulis semula kesah hebat ini untuk tatapan sahabat morha semua.

Helang memang makhluk yang Allah jadikan hebat sehingga kerajaan amerika mengabadinya pada matawang negara gergasi itu.

Namun ketika usia 40 tahun, helang menjadi terlalu tua. Paruhnya yang suatu ketika dulu gagah memagut dan mengoyak daging mangsa semakin membengkok hingga sukar untuk makan.

Kuku kakinya yang suatu ketika menjadi senjata amat digeruni kini melengkung dan sukar digunakan bagi meragut dan mencengkam mangsa.

Pilihan yang ada pada sang helang ialah samada menunggu saat mati kebuluran atau bertindak menukar dirinya menjadi helang baru yang perkasa.

Maka sang helang terbang ke atas puncak sebuah gunung. Di situ sang helang mencari seketul batu yang keras. Sang helang mula mencakar permukaan batu dengan kuku tuanya sehingga patah dan tercabut.

Kemudian sang helang mematuk pula pada batu itu dengan kuat sehingga paruhnya rekah dan pecah.

Proses tersebut memang amat menyakitkan. Darah merecik keluar membasahi batu dan bulunya. Namun sang helang tekad melakukan.

Setelah selesai tugas berat tersebut maka sang helang terkulai kepenatan. Ia perlu berehat panjang.

Dari sehari ke sehari pada muncungnya mula tumbuh paruh baru. Begitu juga jarinya. Kuku baru mula tumbuh dan semakin hari semakin panjang.

Sampai masanya sang helang mendapati dia telah mendapat kembali paruh dan kuku sebagaimana ia muda dulu.

Dengan kekuatan dan keyakinan baru sang helang meluncur ke udara meninggalkan puncak gunung.

Sang helang kembali menjadi raja untuk 40 tahun lagi sehinggalah maut sebenar menjemputnya.

Ilmuan yang gagal

Kita rasa apabila kita dah tau maka kita dah boleh buat.  Rupa²nya tau sahaja tak cukup.

Selepas tau, kita kena bangkit dan buat. Di situ ramai yang gagal. Alangkah ruginya kita yang tau tapi tak boleh bangun dan buat.

Itu sebabnya kadangkala kita perlukan orang lain untuk mengejutkan kita dari tidur.

Dalam berniaga pun begitu. Masalah kita bukan lagi tiada ilmu tetapi gagal mengamalkan ilmu yang telah dihadam sejak lama.

Saya teringat kata² bahawa seorang konsultan ialah orang yang melihat jam di tangan kita dan memberitahu kita pukul berapa sekarang.

Mencipta kapal terbang

Orang yang cipta kapal terbang tak belajar cara buat kapal terbang.

Ya. Orang yang cipta komputer juga tak belajar cara buat komputer.  Malah orang yang cipta berus gigi pun tak belajar cara buat berus gigi.

Nabi Adam as ditempatkan di syurga dengan cukup kelengkapan. Apabila dihantar ke dunia, keadaan amat berbeza. Semuanya didapati tidak sempurna bahkan perlu diusahakan.

Dari situ adam dan anak cucu baginda yakni kita terpaksa mencari jalan bagi menguruskan diri sendiri.

Manusia dikurniakan akal fikiran. Allah ajarkan nama² benda dan kegunaannya. Dari situ manusia mencambahkan lagi pengetahuan dengan memerhati, meniliti, dan menyelidik sesuatu dan mula mengenalpasti unsur² yang menjadikan ia berfungsi.

Sudah tentu ilham dari Allah.

Kapal terbang adalah kombinasi fungsi² yang setara dengan keperluan bagi menerbangkan objek.

Mencipta kapal terbang ialah tindakan menggabungkan komponen² berasingan yang menjurus pada satu visi iaitu terbang.

Al-kisah helang & hering

Masih ingat kisah helang yang pernah saya tulis? Hebatnya helang hinggakan kerajaan US mengabadikan fotonya pada matawang mereka.

Kenapa helang dan bukannya hering? Padahal kedua²nya bersayap, besar, dan merupakan haiwan karnivor yakni pemakan daging?

Jawapan ringkasnya ialah si burung hering adalah pemakan bangkai!

*Helang* mendapat makanan secara berani dan bermaruah manakala hering sekadar memamah haiwan yang telah mati.

Dalam misi profesionalnya, sang helang berlegar di udara, merenung mangsa dengan mata tajam, meluncur deras dengan senyap tapi pasti, menyambar dan membawa terbang mangsa pulang ke sarang untuk dikongsi bersama keluarga.

Manakala si hering pula merayau mencari kalau² ada bangkai yang boleh dimakan. Lebih memalukan si hering sering berebut sesama sendiri menghurung haiwan yang sudah tak bernyawa.

Atas sebab itulah helang dikagumi dan dihormati manakala hering dikeji dan dipandang rendah, tiada maruah.

Demikian juga kita. Insan hebat tidak menang disebabkan lawannya lemah sebaliknya mencapai kemenangan kerana kita memang berhak untuk menang.

Tidak kira kita dalam bidang politik atau perniagaan, kita hanya akan dihormati sekiranya kita mendapat sesuatu secara bermaruah, bukan bertindak bacul mengambil kesempatan ketika lawan sedang sedia nazak, apatah lagi jika sudah tidak bernyawa.

Insan hebat menghimpun kekuatan sendiri bagi mencapai impian peribadi manakala manusia lemah sekadar menanti.

Saya tahu, anda insan hebat.

Bebaskan diri dan Lakukan sendiri

Ramai orang bekerja untuk orang lain. Itu tiada masalah. Masalahnya ialah semua tindakan kita perlu mendapat kelulusan dari orang lain.

Kalau dia kata esok baru anda boleh buat,  maka anda terpaksa tunggu esok. Masalahnya ialah setiap hari ada esoknya.

Yang digelar esok itu ada sehingga qiamat.

Ini bukan sahaja berlaku pada pekerja atau orang bawahan terhadap pihak atasan bahkan sering terjadi pada majikan yang terlalu bergantung pada pekerja.

Saya khususkan skop ini kepada leader.

Leader terbaik sudah tentu muhammad saw. Baginda tidak hanya menyuruh bahkan baginda yang memulakan. Bukan sahaja memulakan, bahkan terus lakukan tanpa berhenti. Konsisten.

Justeru jika anda bercita² untuk berperanan sebagai leader maka jangan hanya berangan².

Jika anda tanya bila ahli pasukan anda akan bergerak, maka yang berbahasa melayu akan jawab ESOK manakala yang berbahasa inggeris akan kata TOMORROW.

Bebaskan diri anda dan lakukan sendiri plan kejayaan anda.