"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang"
- Cecil B. DeMille
Artikal ini akan membawa anda lebih menyedari apa yang sedang berlaku di sekekeling anda sekarang.
Jika anda berada di tempat awam waktu ini cuba perhatikan apakah yang sedang dilakukan orang ramai. Atau sekalipun anda di dalam rumah lihatlah apa yang sedang dibuat ahli keluarga anda?
Nampaknya bukan anda seorang yang sedang asyik membelek telefon pintar atau sebarang peranti yang menghubungkan manusia dalam rangkaian internet.
Ini adalah zaman IT dan hampir semua manusia sudah tidak boleh lari daripadanya. Hampir setiap masa manusia berhubung sesama sendiri secara maya, membaca berita, dan mengetahui perkembangan semasa tanpa batasan.
Teknologi hanyalah alat dan sebelum tiba zaman Teknologi Maklumat atau IT ini, manusia mengalami zaman batu, zaman, logam, dan zaman plastik.
Pada zaman-zaman yang saya nyatakan itu, manusia terdedah sepenuhnya pada peralatan waktu itu. Contohnya ketika zaman plastik, hampir semua alatan menggunakan bahan plastik!
Sekarang zaman IT atau zaman beroreintasikan maklumat. Maka manusia amat memerlukan maklumat.
Kini maklumat tidak perlu dicari bahkan ia terus mengalir ke telapak tangan manusia dan memasuki otak samada melalui teks, suara, gambar pegun, mahupun video.
Makumat yang beraneka ragam meningkatkan pengetahuan manusia sambil melalui pengalaman sebenar berdepan dengan 'benar-palsu' sesuatu maklumat. Ia menjadikan manusia semakin matang.
Alat tetap alat. Apapun peralatan yang digunakan, ia hanyalah bagi membantu manusia menyelesaikan masalah.
Apabila manusia ditimpa kesulitan maka otaknya ligat mencari jalan penyelesaian. Ketika di zaman batu seseorang yang lapar dan segera terbayangkan makanan akan serta merta mencari jalan bagi mendapatkan bahannya.
Ia akan menggunakan batu untuk memburu dan melapah haiwan bagi dimakan.
Hal yang sama juga berlaku di zaman logam dan plastik. Alatan daripada batu ditukar kepada bahan logam atau plastik.
Bagaimana pula dengan zaman IT? Bagaimana mendapatkan makanan apabila lapar menggunakan alatan yang kita miliki? Katakan, anda mahu makan nasi ayam.
Nanti. Jangan sembelih ayam menggunakan telefon pintar anda atau membaling kepala penjual ayam goreng dengan laptop anda sebelum merampas jualannya.
Allah menjadikan zaman IT kerana manusia semakin pintar.
Untuk mendapatkan nasi ayam kita tidak perlu lagi ke hutan mencari ayam. Buka peranti anda dan taip perkataan 'nasi ayam bukit baru melaka' dan kemungkinan anda akan mendapat maklumat lokasi dan menu yang disediakan serta harganya.
Anda akan dipaparkan pelbagai pilihan nasi ayam yang dijual berdekatan anda. Barangkali anda boleh mendengar sendiri pengakuan para pelanggan menerusi video yang disediakan. Atau, pengusaha tersebut meletakkan webcam supaya anda boleh melihat sendiri suasana di kedainya pada masa nyata (real time).
Anda masih boleh melihat beberapa kedai lain yang dicadangkan dan membuat pilihan.
Malah anda mungkin tidak perlu ke restauran tersebut. Pengusaha mungkin menyediakan khidmat penghantaran terus ke rumah atau tempat kerja anda.
Bukankah masalah nasi ayam anda telah selesai? Anda cuma perlu sediakan wang!
Berbalik pada strategi pasaran, nah! Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun mana-mana media sosial, mereka adalah calon pelanggan anda.
Oh ya. Anda tidak perlu risaukan rangkaian mereka kerana mereka mempunyai berpuluh grup Whatsapp, Tweeter, Wechat, Telegram dan sebagainya. Kebanyakan mereka hanya tidak bersembang ketika tidur.
Jika anda setuju, kita teruskan.
Tips:
Jika anda sedang membaca artikal ini menggunakan telefon pintar (android), sila letak jari anda di sini dan tarik ke kanan untuk membaca artikal sebelum atau ke kiri untuk artikal seterusnya.
No comments:
Post a Comment