Friday, January 9, 2015

Sistem MLM binari

“Ketika harapan seseorang dikurangi hingga titik kosong, dia akan bersungguh-sungguh mengapresiasi semua yang dia miliki pada masa itu.”
   - Stephen Hawking, ahli fizik Inggeris “

Setelah affiliate berkubur maka ruang maya menjadi sunyi dengan iklan-iklan penajaan dan skim cepat kaya.

Meskipun demikian terdapat usaha mempromosi beberapa skim daripada luar negara berkonsep binari namun tidak bertahan lama apabila pembongkaran tentang penipuan penganjur tersebar dengan cepat.

Kesedaran majoriti masyarakat terhadap penipuan skim cepat kaya sempat menyuburkan pembangunan usahawan tulen dengan penghasilan produk-produk sebenar.

Minyak Morhabshi adalah salah satu produk yang dipasarkan menggunakan web sebagai wadah sejak 1999 dan menjadi serius mulai 2004 dengan pelancaran www.morhabshi.com.

Dengan modal yang amat terhad Morhabshi memikat pengguna dengan tawaran harga yang amat murah bertujuan agar pengguna mencuba sendiri produk yang diasaskan Ustaz Hj Abdul Hamid Maahad Islamiah Derang Kedah ini.

Berbalik pada isu sistem binari dan affiliate, mungkin istilah penipuan kurang tepat. Barangkali daripada 10 penganjur samada individu atau syarikat hanya 10 peratus sahaja yang berniat menipu. Selebihnya berniat ikhlas tetapi tidak sedar bahawa sistem yang mereka bina menggunakan formula matematik tersebut tidak praktikal dan hanya menjanjikan bulan dan bintang.

Kita sudah melihat bagaimana MLM tradisional dan sistem affiliate berfungsi. Sekali imbas tiada bezanya antara MLM, affliate dan binari. Dari segi konsep pemasaran memang hampir sama namun peraturan permainan membezakannya.

Dalam MLM, peserta bebas menaja dan membina kumpulan sendiri tanpa kawalan. Begitu juga affiliate. Sayangnya affiliate tidak diperlesenkan dan sesiapa sahaja boleh menjadi penganjur. Bayangkan, apa nilainya emas jika ia boleh dikutip di tepi-tepi jalan?

Tiada lesen bermakna tiada kawalan undang-undang. Tiada kawalan ertinya akan ada yang menangguk di air keruh. Akhirnya bonus yang dijanjikan tidak dibayar. Penganjur lesap tanpa jejak.

Dari segi praktisnya binari berkembang dalam gandaan dua yang hampir sama dengan MLM. Bezanya binari mewajibkan 'pasangan kaki' atau 'parring'.

Ia adalah syarat yang baik dan tidak menjadi masalah selagi pasaran belum tepu. Ia juga tidak akan menjadi masalah jika hanya ada sebuah syarikat sahaja yang menjalankannya. Namun perlu diingat bahawa persoalan utama di sini ialah adakah ia praktikal? Negara kita mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas.

Saya tidak menulis berdasarkan teori semata-mata bahkan saya melalui sendiri semua 'zaman' tersebut secara aktif dan merasai kesan langsung semua sistem itu.

Apabila masyarakat hilang kepercayaan pada semua sistem dan menganggap semua sistem adalah sama, maka itulah yang saya catatkan di perenggan pertama tadi.

Dalam tempoh vakum tersebut, jualan kecil-kecilan daripada pengeluar produk mula berkembang. Seterusnya kemunculan media sosial terutama Facebook membuka ruang untuk orang ramai berkongsi pengalaman.

Antara pengalaman yang turut dikongsi tentulah pengalaman menggunakan produk. Akhirnya aktiviti jualan di internet subur semula.

Maka muncullah kaedah baru yang dinamakan DROPSHIP.

No comments:

Post a Comment