Thursday, January 1, 2015

Meneroka pasaran

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya"
    -Albert Camus

Dalam artikal pertama blog ini saya memaparkan watak seorang pemilik syarikat kecil namun melihat semua sumber di sekelilingnya sebagai aset perniagan yang amat bernilai tanpa perlu bermodal besar.

Artikal kedua pula saya kemukakan produk sebenar yang saya terlibat sepenuhnya dalam bahagian pengeluaran.

Seterusnya melalui artikal ketiga saya menarik perhatian anda tentang realiti pasaran di Malaysia serta potensinya.

Maka persoalan sekarang ialah bagaimana kaedah terbaik bagi menyampaikan produk tersebut kepada pengguna dan menjadikannya sebagai saluran yang membekalkan anda wang setiap bulan secara tetap dan berterusan.

Nampak macam mustahil tetapi anda perlu ingat bahawa kita ada dua faktor penting iaitu:

Pertama, produk ini sepatutnya dimiliki setiap orang dan digunakan sentiasa.

Kedua, rakyat Malaysia berjumlah 28 juta orang.

Ini bermaksud produk yang akan anda gerakkan ini berpotensi dilanggan oleh 28 juta orang.

Sila ambil perhatian juga bahawa kita di zaman global yang bermaksud pasaran tidak lagi terbatas dalam Malaysia sahaja. Pelanggan anda boleh berada di mana-mana sahaja.

Jika penduduk Malaysia ada 28 juta, berapakah jumlah penduduk Asia Tenggara dan bagaimana pula dengan pasaran di Timur Tengah?

Pasaran telah terhampar untuk anda jelajah, hanya melalui telefon pintar di tapak tangan anda sahaja. Itulah yang dikatakan 'dunia di hujung jari'.

Tips:

Jika anda sedang membaca artikal ini menggunakan telefon pintar (android), sila letak jari anda di sini dan tarik ke kanan untuk membaca artikal sebelum atau ke kiri untuk artikal seterusnya.

No comments:

Post a Comment