"Ribuan lilin dapat dinyalakan dari satu lilin dan nyalanya tidak akan berkurang. Begitu pun kebahagiaan tidak akan pernah berkurang walau dibagi-bagi.”
- Siddharta Gautama (563-483 SM)
Sekitar 1990an, sistem pemasaran berkonsep multi level marketing (MLM) berada pada kemuncak kegemilangan apabila berjaya melahirkan sekian ramai jutawan.
Ia adalah sistem terbaik pernah dihasilkan manusia meski terdapat beberapa kelemahan bersifat minor.
Konsep asas MLM ialah 'mengguna dan memberitahu'. Ertinya, anda menggunakan sesuatu produk dan memberitahu orang lain keistimewaan produk tersebut.
Ertinya, MLM bukan jualan.
Dalam sistem konservatif apabila anda membeli sesuatu produk maka hanya manafaat produk yang anda dapat.
Namun MLM membawa dimensi baru iaitu apabila anda membeli produk, pada hujung bulan anda dibayar bonus yang berlipat ganda daripada harga yang anda telah bayar.
Ia bukan silap mata ataupun skim cepat kaya. Ia adalah perkongsian bijak antara syarikat pengedar dengan pengguna. Syarikat MLM yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan memanipulasi pengguna secara sihat menjadi promoter dalam konsep 'customer get customer'.
Dalam hal ini syarikat MLM berkenaan memindahkan kos peruncitan, pengiklanan dan penjenamaan yang memakan sebahagian besar kos menjadi bonus yang dibayar kepada pengguna yang rajin mempromosikan produk syarikat berkenaan.
Ia sepatutnya berlangsung dalam keadaan yang santai dan harmoni namun sudah menjadi resam manusia, apabila berjumpa sesuatu yang hebat maka mereka akan melakukannya dengan bersemangat dan bersunggguh-sungguh.
Justeru aktivis MLM bersikap agresif dan tidak hanya menunggu peluang jika terjumpa rakan untuk menceritakan keistimewaan produk atau syarikat yang mereka sertai bahkan mereka akan bertindak proaktif dengan menghubungi rakan-rakan bagi mengadakan temujanji.
Masalah mulai timbul apabila 'etika jualan langsung' dilanggar dan pertemuan berlaku tidak mengira masa dan tempat sehingga mencemar hak orang ramai untuk tidak diganggu (privacy).
Konsep perkongsian (share) suka sama suka ditukar menjadi konsep jualan di rumah-rumah ahli melalui 'sistem parti'.
Melalui sistem parti, aktivis MLM memujuk rakan atau kenalan bagi menganjurkan perjumpaan di rumah rakan tersebut. Tuan rumah diminta menjemput jiran-jiran dan penaja didatangkan untuk melakukan promosi jualan serta merekrut ahli baru.
Pada peringkat awal tentulah tidak menjadi hal. Namun apabila terlalu kerap dan berleluasa maka ia menjadi masalah. Tambahan pula syarikat-syarikat baru tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Jiran-jiran mula bosan dan bimbang dipaksa membeli. Kalau tak beli, malu pula pada tuan rumah yang menyediakan jamuan.
Konsep 'memberitahu' iaitu berkongsi maklumat produk dan faedah menjadi ahli sudah menjadi 'paksa beli'.
Akhirnya orang jadi meluat pada aktivis MLM dan rakan-rakan mula menghindari.
Kesimpulannya, kelemahan MLM waktu itu ialah ia telah mengganggu 'privacy' orang ramai akibat sistem jualan parti, perjumpaan kumpulan (group meeting) serta usaha mencari ahli (menaja) yang keterlaluan.
Kini zaman berubah. Kita bukan sahaja berada di alaf baru yang tidak memerlukan komunikasi secara bersemuka malah hampir setiap manusia kini telah membuka 'pintu rumah' mereka seluas-luasnya untuk dimasuki sesiapa sahaja secara maya!
Di sini peluang bermula, asalkan anda tahu caranya.
No comments:
Post a Comment