“Yang membedakan orang sukses dan orang gagal adalah bukan karena yang satu memiliki kemampuan dan idea lebih baik, tapi karena dia berani mempertaruhkan idea, menghitung risiko, dan bertindak cepat.”
- Andre Malraux (1901-1976) sejarawan Prancis.
Jeda waktu selepas masyarakat keletihan merentasi 3 musim penajaan diisi dengan jualan runcit di media sosial. Kebanyakannya dilakukan sendiri oleh pengeluar atau pemborong.
Apatah lagi ramai yang melengung setelah jutawan muda daripada China ditangkap setelah penipuan skim cepat kayanya terbongkar.
Sebagaimana yang saya sentuh dalam artikal sebelum ini bahawa manusia amat cenderung untuk berkongsi sesuatu yang dirasakan baik maka secara tidak sedar aktiviti peruncitan berlaku semula.
Saya perincikan sedikit di sini:
Katakan anda membeli satu produk dan berpuas hati maka anda mungkin akan kongsikan pengalaman tersebut melalui media sosial. Ini menarik minat rakan-rakan anda dan mereka juga ingin membeli.
Anda boleh syorkan terus pada rakan-rakan agar menghubungi penjual tersebut dan urusan anda pun selesai.
Namun apakah yang terdetik di hati anda apabila ramai yang ingin membelinya? Bukankah lebih baik jika anda menikmati sedikit komisyen daripada penjual tanpa menjejaskan harga runcit yang dibayar rakan-rakan anda?
Maka sistem 'dropship' pun diperkenalkan.
Sebenarnya sisitem dropship (saya gunakan istilah ini kerana ia sudah diterima umum) bukanlah sistem sebaliknya kaedah longgar tanpa sebarang ikatan mahupun kawalan. Ia dilakukan atas dasar 'saling percaya'.
Dropship berlaku begini:
1) Anda menyiarkan keistimewaan produk yang anda guna sendiri dalam media sosial dan rakan anda berminat untuk membeli.
2) Rakan anda memberikan alamat untuk penghantaran dan membuat bayaran ke akaun bank anda.
3) Anda memanjangkan tempahan tersebut kepada penjual sebenar dan membuat bayaran atas harga agen.
4) Penjual sebenar mengirimkan produk kepada pembeli tersebut dan meletakkan nama dan alamat anda seolah-olah anda yang mengirimkan produk tersebut.
Apakah kelemahan dropship?
Apabila pembeli menyukai produk tersebut merka mempunyai beberapa pilihan. Mereka mungkin akan menghubungi anda lagi atau boleh juga mencari maklumat dalam internet dan membeli terus daripada pengeluar.
Lebih menarik lagi apabila pembeli tersebut pula berminat untuk menjual kepada rakan-rakannya.
Selamat tinggal pemberi maklumat!
Itulah kelemahan besar dropship namun ramai yang melakukannya kerana ia lebih baik berbanding menunggu bonus daripada penganjur affiliate yang tidak berlesen.
Ia juga jauh lebih baik daripada sistem binari dan skim cepat kaya yang menjanjikan bulan dan bintang.
Cuma, dropship sudah tentu tidak boleh pergi jauh.
Justeru kita perlukan sistem yang lebih lengkap, dinamik, dan berlesen bagi menjamin bonus dan keuntungan anda setiap bulan.
Lebih dari itu untuk jangka panjang ia akan memastikan pelaburan dan penat lelah anda berbaloi.
Saya adalah pengeluar produk dan saya telah menemui sistem terbaik untuk pemasaran. Sistem tersebut bukan milik syarikat saya namun sebagaimana yang saya catatkan dalam artikal awal, menjadi seorang boss bukan sekadar menguruskan jabatan sendiri bahkan perlu bijak menggunakan fasilitas yang ada di sekeliling.
Syhh... anda tidak perlu bayar gaji kakitangan di situ setiap bulan namun anda boleh menyuruh mereka bekerja untuk anda.
Tidakkah itu menguntungkan?
No comments:
Post a Comment