"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah"
- Loa Tze
Saya agak sukar mencari tajuk untuk artikal ini melainkan terpaksa mengekalkan tajuk standard yang telah acap kali anda dengar.
Rangkaian pelanggan bermaksud apabila anda berbisik kepada pelanggan pertama, dalam masa yang singkat ia telah diketahui oleh berpuluh, beratus, beribu, bahkan berjuta orang.
Ia memang sistem yang hebat dan tidak pernah dikalahkan oleh mana-mana sistem yang pernah diilhamkan manusia selama berpuluh tahun.
Dalam contoh nyata, apabila anda memberitahu minyak morhabshi hebat kepada 10 orang rakan lantas mereka menyampaikan pada 10 orang rakan masing-masing maka dalam sekelip mata 100 orang telah mendapat info yang sama.
Jika seorang penerima info tersebut menyalurkan anda RM2 maka anda kini menerima RM200.
Bagaimana jika 100 orang tersebut memanjangkan info di atas kepada 10 orang kenalan? Bermakna anda akan dapat RM2000 tanpa perlu mengenali mereka.
Ini bukan idea baru cuma ia lebih berkesan dilaksanakan pada zaman ini berbanding zaman ketika ia melahirkan ribuan jutawan dulu.
Jika pada zaman plastik pun sistem ini mampu mengubah si miskin menjadi orang kaya, lihatlah nanti bagaimana ia beraksi di zaman manusia saling berhubungan melalui media sosial seperti sekarang.
Yang penting, pastikan dahulu adakah sistem ini diberi kelulusan oleh pihak berkuasa sebab jika tidak, segala usaha anda akan jadi sia-sia.
Tips:
Jika anda sedang membaca artikal ini menggunakan telefon pintar (android), sila letak jari anda di sini dan tarik ke kanan untuk membaca artikal sebelum atau ke kiri untuk artikal seterusnya.
No comments:
Post a Comment